Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk saya meluangkan masa di sini. Setelah beberapa minggu diuji dengan kesihatan anak-anak yang tidak memuaskan. Syukur semuanya telah kembali normal.
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu kepada semua terutamanya kepada peminat baju-baju online. Iyelah, zaman serba canggih.. Semuanya di hujung jari sahaja. Tidak perlu bersusah payah ke shopping mall untuk memilih baju yang cantik-cantik. Hanya klik di laman-laman atau blog-blog yang berkaitan. Semuanya cantik di mata. Apabila sudah cantik di mata, hati pun berkenan. heheee..
Kadang-kadang pembelian secara online boleh mengecewakan kita. Terutamanya apabila baju yang diterima tidak fit dengan badan kita. Ada yang terpanjang lengan.. terpanjang kain.. dan sebagainya. Contohnya seperti gambar di bawah & lengan yang panjang telah di ubai suai secara mudah tanpa perlu ke kedai...
Mudah sahaja.. Cara-cara saya kongsikan melalui gambar di bawah..
- Bahan yang diperlukan hanyalah benang mengikut warna kain, getah halus (bulat), penetas & jarum.
- Lengan baju yang akan di alter
- Cari penyambung jahitan pada lengan baju
- Tetaskan sedikit jahitan pada penyambung jahitan
- Masukkan getah ke dalam jahitan yang telah ditetas tadi
- Potong getah mengikut saiz tangan yang diperlukan. Tidak terlalu ketat & tidak terlalu longgar
- Jahit hujung getah dengan rapi. Kemudiaan jahit semula jahitan yang telah ditetas tadi.
- Siap sudah....
Mudah kan???? Cantik kan??? Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment