Saturday, 10 January 2015

Karipap Kentang

Karipap... bukan mudah untuk membuat karipap yang enak dan rasa rangup pada kulitnya. Perlu rajin mencuba untuk membuatnya berulang kali dan bertukar dari satu resepi ke satu resepi sehingga berjaya. Kata orang, practise make perfect.. Betul lah tu.. Sangat setuju 100%!

Setelah mencuba hampir 5 resepi karipap dari Mr Google.. Akhirnya, berjaya juga menghasilkan pastri karipap yang boleh lah tahan rasa sedapnya.. Tak malu kalau nak bagi mak mertua & pak mertua rasa untuk minum petang.. hehee


Menggoreng karipap pun perlu teknik yang betul supaya kulit karipap nampak licin & tidak menggerutu seperti sang katak.. biarlah cantik walaupun rasa tak seberapa sebab dari mata turun ke perut. Kalau mata pun tak selera nak pandang, perut pun susah nak terima..

Wokey lah.. saya nak share resepi karipap kentang saya..

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 sudu kecil garam
3/4 cawan air sejuk (saya guna air dalam peti sejuk)
1 biji telur


Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum dan masukkan ke dalam bekas 
  2. Masukkan telur ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Cubit-cubit tepung & telur tadi sehingga tepung menjadi seperti serbuk roti
  3. Panaskan marjerin sehingga berbuih
  4. Tuang marjerin panas tadi ke dalam tepung. Gaul dengan jari sehingga tepung doh menjadi seperti serbuk roti
  5. Kemudian masukkan air ke dalam adunan tadi. Uli sehingga doh nampak sebati.
  6. Setelah itu, bolehlah potong doh mengikut saiz karipap yang dikehendaki
  7. Canaikan nipis doh tadi dan letak di atas acuan karipap. Isikan inti karipap mengikut selera masing-masing. 

Saya menggunakan kentang sebagai inti karipap. 

Bahan-bahan:

5 biji kentang sederhana saiz (potong dadu)
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 ulas bawang putih
ikan bilis (boleh digantikan dengan isi ayam @ daging cincang)
udang kering
serbuk kari
cili kisar (jika suka pedas)
sedikit daun sup
sedikit garam
Air
serbuk perasa (jika suka) 


Cara-cara:
  1. Kisar bawang putih, udang kering & ikan bilis
  2. Potong dadu bawang besar
  3. Panaskan minyak untuk menumis. 
  4. Tumis bahan kisar bersama bawang yang telah dipotong dadu tadi sehingga naik bau
  5. Masukkan serbuk kari dan cili kisar
  6. Kemudian boleh masukkan kentang. Masak sehingga kentang lembut. 
  7. Masukkan sedikit air semasa memasak kentang.
  8. Setelah kentang lembut, masukkan serbuk perasa, garam & daun sup
  9. Pastikan kentang masak sehingga kering. Kemudian boleh matikan api dan biarkan sehingga sejuk
  10. Dah siappp....

Opppsss.. saya terlupa nak share teknik menggoreng karipap.
----> masukkan karipap yang hendak digoreng semasa minyak belum panas. Pasti karipap anda licin & cantik. Tak caya?? boleh mencuba sendiri nanti.. Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment