Wednesday, 21 January 2015

Tutorial Jahitan Mata Lalat

Assalamualaikum... Salam Sejahtera...


Saya bukan seorang pakar dalam bidang jahit menjahit. Tetapi saya suka untuk share sesuatu yang sangat bernilai.. bernilai untuk diri saya sendiri.. dan bernilai untuk anda semua.. Insha Allah, jika ia dimanfaatkan...


Jahitan Mata Lalat


Jahitan Mata Lalat ni selalu ada pada leher baju kurung atau ditangan baju anak-anak. Ia juga boleh dijahit pada dress anak-anak. Cantik kan??? hehee.. meh sini saya tunjukkan cara-cara jahitan mata lalat..

Sebelum itu, bahan-bahan yang diperlukan ialah benang, jarum yang sederhana (tidak besar & tidak terlalu halus) & bahan yang terpenting semestinya kain yang hendak dijahit.

Selalunya benang yang digunakan sebanyak 4 lembar. so, saiz lubang jarum mesti muat untuk jumlah benang tersebut.


Langkah 1


Langkah 1: Kain sebelah dalam hendaklah berada di sebelah depan anda. Cucuk jarum dari bahagian depan ke bahagian dalam. Jangan tarik jarum keluar dari kain. Biarkan jarum dalam keadaan tercucuk pada kain seperti di gambar.

Langkah 2

Langkah 2: Lilit benang pada jarum seperti gambar. Lakukan lilitan sebanyak 4 kali. Boleh juga dilakukan hanya 2 kali sahaja. Jika 2 kali akan menghasilkan mata lalat yang comel. Jika 4 kali akan menghasilkan mata lalat yang lebih comel. 


Langkah 3

Langkah 3: Lilitan benang yang dilakukan sebanyak 4 kali tadi mesti seperti gambar. Tarik jarum keluar dari kain secara perlahan agar lilitan benang tadi kekal kemas & cantik


Langkah 4

Langkah 4: Ulang semula langkah 1 hingga langkah terakhir.


Pandangan jahitan dari sebelah atas

Okey.. selesai.. selamat mencuba

Saturday, 10 January 2015

Karipap Kentang

Karipap... bukan mudah untuk membuat karipap yang enak dan rasa rangup pada kulitnya. Perlu rajin mencuba untuk membuatnya berulang kali dan bertukar dari satu resepi ke satu resepi sehingga berjaya. Kata orang, practise make perfect.. Betul lah tu.. Sangat setuju 100%!

Setelah mencuba hampir 5 resepi karipap dari Mr Google.. Akhirnya, berjaya juga menghasilkan pastri karipap yang boleh lah tahan rasa sedapnya.. Tak malu kalau nak bagi mak mertua & pak mertua rasa untuk minum petang.. hehee


Menggoreng karipap pun perlu teknik yang betul supaya kulit karipap nampak licin & tidak menggerutu seperti sang katak.. biarlah cantik walaupun rasa tak seberapa sebab dari mata turun ke perut. Kalau mata pun tak selera nak pandang, perut pun susah nak terima..

Wokey lah.. saya nak share resepi karipap kentang saya..

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 sudu kecil garam
3/4 cawan air sejuk (saya guna air dalam peti sejuk)
1 biji telur


Cara-cara:

  1. Ayak tepung gandum dan masukkan ke dalam bekas 
  2. Masukkan telur ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Cubit-cubit tepung & telur tadi sehingga tepung menjadi seperti serbuk roti
  3. Panaskan marjerin sehingga berbuih
  4. Tuang marjerin panas tadi ke dalam tepung. Gaul dengan jari sehingga tepung doh menjadi seperti serbuk roti
  5. Kemudian masukkan air ke dalam adunan tadi. Uli sehingga doh nampak sebati.
  6. Setelah itu, bolehlah potong doh mengikut saiz karipap yang dikehendaki
  7. Canaikan nipis doh tadi dan letak di atas acuan karipap. Isikan inti karipap mengikut selera masing-masing. 

Saya menggunakan kentang sebagai inti karipap. 

Bahan-bahan:

5 biji kentang sederhana saiz (potong dadu)
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 ulas bawang putih
ikan bilis (boleh digantikan dengan isi ayam @ daging cincang)
udang kering
serbuk kari
cili kisar (jika suka pedas)
sedikit daun sup
sedikit garam
Air
serbuk perasa (jika suka) 


Cara-cara:
  1. Kisar bawang putih, udang kering & ikan bilis
  2. Potong dadu bawang besar
  3. Panaskan minyak untuk menumis. 
  4. Tumis bahan kisar bersama bawang yang telah dipotong dadu tadi sehingga naik bau
  5. Masukkan serbuk kari dan cili kisar
  6. Kemudian boleh masukkan kentang. Masak sehingga kentang lembut. 
  7. Masukkan sedikit air semasa memasak kentang.
  8. Setelah kentang lembut, masukkan serbuk perasa, garam & daun sup
  9. Pastikan kentang masak sehingga kering. Kemudian boleh matikan api dan biarkan sehingga sejuk
  10. Dah siappp....

Opppsss.. saya terlupa nak share teknik menggoreng karipap.
----> masukkan karipap yang hendak digoreng semasa minyak belum panas. Pasti karipap anda licin & cantik. Tak caya?? boleh mencuba sendiri nanti.. Selamat berjaya!

Friday, 9 January 2015

Teknik Jimat Cermat ~ khusus kepada peminat baju online...

Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk saya meluangkan masa di sini. Setelah beberapa minggu diuji dengan kesihatan anak-anak yang tidak memuaskan. Syukur semuanya telah kembali normal.

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu kepada semua terutamanya kepada peminat baju-baju online. Iyelah, zaman serba canggih.. Semuanya di hujung jari sahaja. Tidak perlu bersusah payah ke shopping mall untuk memilih baju yang cantik-cantik. Hanya klik di laman-laman atau blog-blog yang berkaitan. Semuanya cantik di mata. Apabila sudah cantik di mata, hati pun berkenan. heheee..

Kadang-kadang pembelian secara online boleh mengecewakan kita. Terutamanya apabila baju yang diterima tidak fit dengan badan kita. Ada yang terpanjang lengan.. terpanjang kain.. dan sebagainya. Contohnya seperti gambar di bawah & lengan yang panjang telah di ubai suai secara mudah tanpa perlu ke kedai... 


Mudah sahaja.. Cara-cara saya kongsikan melalui gambar di bawah.. 


  1. Bahan yang diperlukan hanyalah benang mengikut warna kain, getah halus (bulat), penetas & jarum.
  2. Lengan baju yang akan di alter
  3. Cari penyambung jahitan pada lengan baju
  4. Tetaskan sedikit jahitan pada penyambung jahitan
  5. Masukkan getah ke dalam jahitan yang telah ditetas tadi
  6. Potong getah mengikut saiz tangan yang diperlukan. Tidak terlalu ketat & tidak terlalu longgar
  7. Jahit hujung getah dengan rapi. Kemudiaan jahit semula jahitan yang telah ditetas tadi.
  8. Siap sudah....


Mudah kan???? Cantik kan??? Selamat mencuba...